Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2021
Imej
PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN BAB 4.2 TAHAP KESEPADUAN YANG DICAPAI   Kesepaduan nasional Maksud : Penyatuan pelbagai kelompok atau mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal. Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman, stabil, dan makmur walau bagaimanapun terdapat perbezaan dari segi defisit sosial dalam sesebuah masyarakat di negara kita. Alat utama sebagai teras perpaduan :   Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang- undang tertinggi bagi Negara Malaysia. Ia telah mula digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara. 1 Perlembagaan digubal di Parlimen dengan tiga kali pendengaran (perdebatan). Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat. Perlembagaan penting kerana ia dapat menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran dan menjamin keselamatan serta kesejahte