PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

BAB 4.2 TAHAP KESEPADUAN YANG DICAPAI

 

Kesepaduan nasional


Maksud :

Penyatuan pelbagai kelompok atau mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza, menjadi satu entiti fizikal. Hasil daripada penyatuan ini keadaan akan menjadi aman, stabil, dan makmur walau bagaimanapun terdapat perbezaan dari segi defisit sosial dalam sesebuah masyarakat di negara kita.


Alat utama sebagai teras perpaduan :

 Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan merupakan satu set undang- undang tertinggi bagi Negara Malaysia. Ia telah mula digunapakai sejak Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 1957. Perlembagaan Malaysia mengandungi 183 perkara. 1 Perlembagaan digubal di Parlimen dengan tiga kali pendengaran (perdebatan). Sesuatu perlembagaan atau akta akan dikira digazetkan apabila ia mendapat sokongan 2/3 dari ahli dewan rakyat. Perlembagaan penting kerana ia dapat menjamin kestabilan politik dan sistem pentadbiran dan menjamin keselamatan serta kesejahteraan rakyat dimana hak asasi rakyat seperti kebebasan bersuara dapat digunakan

 Rukun negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia yang telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 yang diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 dimana penyatu paduan kaum menjadi goyah dan mengorbankan nyawa dari pelbagai kaum. Tujuan utama Rukun Negara dibentuk adalah untuk membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip yang dinyatakan di dalam rukun negara perlu disematkan pada setiap rakyat Malaysia bagi memastikan kestabilan dan kejayaan tetap utuh di negara kita yang tercinta ini samada dari aspek ekonomi mahupun sosial.




 Berikut merupakan objektif dan prinsip rukun negara. Seperti yang kita tahu, sejak dari persekolahan lagi kita telah ditanam dengan prinsip rukun negara melalui ikrar yang sering dibaca ketika perhimpunan. Ini bertujuan supaya kita dididik dengan perasaan cinta pada negara bermula dari era persekolahan.

Kesepaduan sosial


Maksud :

Penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan berbeza, menjadi suatu entiti fizikal.


Dimensi kesepaduan sosial :

Belonging–Isolation (Kepunyaan-Pemencilan): Ia merujuk kepada kewujudan atau ketidakhadiran nilai-nilai yang dikongsi dan perasaan identiti yang sama. Contohnya, kaum cina di Kelantan yang berasimilasi di sana dengan budaya serta gaya hidup masyarakat di sana. 

Inclusion–Exclusion (Rangkuman-Pengecualian): Dimensi ini merujuk kepada tahap kesaksamaan dan peluang dalam kalangan warga dalam ekonomi khasnya pasaran. Contohnya, semua kaum diberi hak sama rata untuk berniaga.

Participation–Non-involvement (Penyertaan-Ketakterlibatan): Ia berfokus kepada penyertaan dalam politik dalam kalangan rakyat sama ada di tahap pusat atau lokal dalam kerajaan. Di Malaysia terdapat parti dari pelbagai kaum contohnya Malaysia Chinese Association ( MCA ) untuk kaum cina, Malaysian Indian Congress ( MIC ) untuk kaum india, dan United Malays National Organisation ( UMNO ) untuk kaum melayu.

Recognition–Rejection (Pengiktirafan-Penolakan): Dimensi ini merujuk kepada kebimbangan akan perbezaan atau toleransi dalam kepelbagaian dalam kalangan masyarakat. Contohnya, walaupun negara kita berbilang kaum, namun kebanyakannya sepakat untuk menolak gerakan LGBT serta hak-hak mereka yang jelas bertentangan dengan norma kehidupan sesebuah masyarakat serta agama.

Legitimacy–Illegitimacy (Setara/setaraf-Tidak setara): Ia merujuk kepada penyelenggaraan legitimasi dalam politik dan institusi sosial – daripada tahap negeri kepada individu dalam masyarakat yang mempunyai minat yang berbeza. Legitimasi dalam konteks politik bermaksud seberapa jauh masyarakat mahu menerima dan mengakui kepimpinan  yang  disandang  oleh seorang pemimpin.

Equality–Inequality (Kesamaan-Ketidaksamaan): Ia merujuk kepada persamaan dan peluang yang sama dalam kalangan masyarakat tanpa mengira etnik, agama, budaya dan bahasa. Contohnya, semua kaum mempunyai hak untuk belajar di sekolah kebangsaan, bekerja di sektor kerajaan atau menjalankan hubungan kahwin campur.

Defisit  Sosial

Maksud :

Isu atau hal yang belum selesai perlu diusahakan penyelesaiannya satu persatu, memerlukan waktu dan kesabaran semua pihak.

 

Sepuluh isu defisit sosial :

·  Etnisiti

·  Agama

·  Kelas sosial

·  Pendidikan

·  Bahasa

· Jurang generasi

· Gander

· Politik federalism

· Ruang ( Bandar – desa )

· Media


Langkah-langkah dalam menghadapi defisit nasional


Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Politik Federalis

Parti PKR telah menang dalam PRU-14 tanpa partumpahan darah seperti negara lain


Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Bahasa

Penggunaan bahasa Malaysia di sekolah, agensi kerajaan mahupun swasta dapat merapatkan perpaduan dan mengurangkan jurang perbezaan dalam kalangan kaum.


Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Etnisiti

Kaum cina di Kelantan dapat bercakap dalam dialek Kelantan

Kesepaduan Sosial Dalam Aspek Agama

Bebas beragama atau menjalankan upacara keagamaan. Masyarakat Malaysia dilihat
menghormati ajaran masing – masing walaupun masih terdapat segelintir pihak yang cuba
membawa isu bagi melagakan keharmonian ini.


Etos Nasional
Maksud : sifat atau ciri sesuatu bangsa, budaya, era dan lain- lain.


Etos Nasional Bangsa Malaysia :

Perkongsian Sejarah
Berjuang bersama – sama ketika menghentikan penjajahan Jepun ketika Perang dunia ke-2.


Perkongsian nilai
Mengamalkan sifat toleransi dalam beragama selagi tidak menyentuk isu sensiviti.


Perasaaan kekitaan bersama
Bersemangat untuk mempertahankan sesama masyarakat tanpa memilih bulu.


Perkongsian masa depan
Mempunyai visi yang sama iaitu bersama-sama untuk membangun kan negara yang maju dan ekonomi stabil


Kesetiaan
Mematuhi undang – undang yang ditetapkan oleh negara dan menghormati Sultan.


Komitmen
Bersungguh – sungguh untuk memastikan kelestarian di negara terus terjamin


Keterikatan emosi negara
Ditanam dalam diri untuk menghargai Sejarah asal – usul negara serta menghargai keharmonian dan kemajuan ekonomi negara.




Kesimpulan

Perpaduan dan integrasi dalam kalangan rakyat adalah satu perkara penting. Oleh yang demikian, semua rakyat dan kerajaan harus bersama-sama memainkan peranan dalam meningkatkan perpaduan untuk membina sebuah bangsa yang terdiri dari rakyat yang berbilang kaum, yang hidup bersatu-padu serta aman sentosa. Dalam menghadapi wabak pandemik ini, kesepaduan yang kuat adalah sangat penting bagi memastikan penyakit ini akan terus lupus dan kita mengharapkan selepas wabak ini selesai hubungan antara kaum bertambah kuat dan sifat rasis dan stereotaip juga dapat dibuang.

Masyarakat Malaysia yang majmuk bebas meraikan perayaan tanpa sedikit prejudis dalam diri 



Kaum cina di Kelantan tiada masalah untuk berinteraksi dalam dialek kelantan serta  menyesuaikan diri dengan budaya masyarakat di sana.
 




Sudah 63 tahun negara kita merdeka, adakah kita masih dengan stereotaip kaum yang acap kali dilihat seperti memperlekehkan setiap kaum di bumi tercinta ini? 


·      

Seharusnya sifat prejudis perlu dibuang sejak kecil lagi, Apa kebaikan pada masyarakat jika sifat rasis terus ditanam sehingga hari ini.


DAQ1A KUMPULAN 2

Ahli kumpulan:

·       TUN MOHD ABRISYAM HILMAN BIN AHMAD JEAILANI (22DAQ20F2090)

·       MUHAMMAD FARIDUDDIN BIN MOHAMAD FAUZI (22DAQ20F2010)

·       AMIRUL HAKIMI BIN MOHD NAZRI (22DAQ20F2085)

    MUHAMMAD AMJAD BIN BIN SUHAIMI (22DAQ20F2044)

    MOHAMMAD NAZRUL HAIQAL BIN MOHAMAD NAZER (22DAQ20F2050)


LECTURER : USTAZAH ROHANA BINTI NAWI





 



 




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Betta Livida

Parosphromenus harveyi

Betta Imbellis