Betta Livida
Saya akan membincangkan suatu jenis ikan laga liar khas dari paya gambut...
Betta Livida adalah sejenis ikan laga liar dari paya gambut disekitar kawasan selangor sahaja di Malaysia. ia merupakan spesis berpotensi diancam kepupusan kerana habitatnya telah dibangunkan menjadi ladang kelapa sawit atau pembangunan. Warna ikan ini adalah merah gelap dengan bintik hijau pada tengah badannya (tidak semua Livida mempunyai bintik hijau) . Diet mereka sama sahaja dengan ikan laga liar yang lain iaitu bloodworm (larva nyamuk), daphnia, atau Hikari micropellet. Untuk mengenalpasti jantina ia, jantan mempunyai ekor yang lebih panjang manakala betina mempunyai ekor yang pendek dan mempunyai telur dibawah perutnya.
Walaupun ia digelar ikan laga namun Betta livida tidak terlalu agresif seperti Betta splendens dimana mereka juga kejar mengejar tanpa cuba mebunuh ikan lain. Untuk membiaknya, pastikan ph 4.0. Untuk mendapatkan PH yang rendah, anda perlu membeli PH tester berharga dalam RM20-30 untuk melihat bacaan PH di akuarium anda. Daun mahang diperlukan untuk menurunkan PH.
Selepas anak ikan lahir dan boleh berenang dengan sendiri, anda boleh memberinya infusoria atau microworm. Ketika sudah membesar pada tahap juvenile, anda boleh memberi ia grindal worm. Jika anda berjaya membiaknya, diharapkan dapat melepaskan sedikit induk ke habitat asal agar populasinya tidak pupus di masa akan datang.

Ikan ni betul betul hampir pupus sekarang
BalasPadam