Macrognathus circumcinctus
Macrognathus circumcinctus adalah sejenis ikan tilan dari keluarga Macrognathus(dwarf spiny eel). Habitatnya ialah di kawasan paya gambut yang mengalir dengan ph 4 (acidic). Diet pemakanannya adalah bloodworm (larva nyamuk). Walaupun ia berasal dari paya gambut, tilan mini ini boleh diletakkan di dalam akuarium yang mempunyai ph neutral jika diadaptasikan dahulu secara perlahan-lahan. Untuk membelanya, disarankan membeli pump supaya di dalam tank mempunyai oksigen yang cukup kerana ia biasa ditangkap di kawasan yang mempunyai arus. Setakat ini, jantina mereka tidak dapat dikenal pasti.
Untuk setup habitat mereka, disarankan menggunakan daun-daun seperti daun mahang ( bagi menurunkan ph dan menggelapkan warna air) dan tempat-tempat persembunyian seperti batu-batu tersusun atau driftwood. Selain itu, tilan mini sangat sesuai dibela secara berkumpulan. Ianya adalah sejenis ikan nokturnal. Oleh itu, ia lebih sesuai diberi makan ketika ditutup lampu. Jika anda membelanya secara berkumpulan pasti anda seronok melihat kesemua tilan berebut makanan ketika memberi makan.
Ia merupakan ikan yang unik dengan muncung seperti tapir dan tidak memerlukan tank yang besar (1.5 ft - 2 ft akuarium sudah memadai) berbanding dengan tilan dari keluarga Mastacembelus.
Ulasan
Catat Ulasan