Carinotetraodon travancoricus
Ikan buntal mini merupakan antara ikan buntal terkecil didunia dengan saiz dewasa iaitu hanya 2.5 cm. Ianya merupakan spesies endemik di India. Ikan ini sangat sesuai diletakkan didalam tank aquascape kerana mereka sejenis ikan yang suka meneroka persekitaran. Diet harian mereka ialah grindal worm (cacing putih), bloodworm(larva nyamuk) dan siput.
Jika anda mempunyai masalah dengan siput yang terlalu banyak didalam tank, ikan buntal mini merupakan penyelesaiannya kerana mereka akan mengawal populasi siput-siput itu (jika diletakkan banyak ikan buntal dalam tank). Namun begitu, ikan ini juga sangat sensitif pada perubahan suhu air. Jika ingin memasukkan ia didalam tank buat pertama kali, pastikan tank sudah disetup seminggu atau 2 minggu supaya tank stabil.
Selain itu, jika anda perlu menukar air 100% di dalam tangki mereka, pastikan anda kuarantin mereka didalam tank lain dan masukkan air baru ke dalam quarantine tank mereka supaya ikan buntal mini ini dapat sesuaikan diri dengan suhu air. Saya pernah alami situasi dimana saya tukar air akuarium mereka 100%. Kemudian setelah 3 hari saya biarkan tank running, saya masukkan semula ikan ini namun keesokannya dia mati. Oleh itu sebaiknya selepas tukar pastikan asingkan mereka. Pesanan tambahan, akuarium saya kecil oleh itu saya perlu tukar air 100%. Ikan buntal mini sesuai diletakkan didalam akuarium bersaiz 1 kaki kerana saiznya yang kecil dan ruang 1 kaki ini sudah cukup untuk ikan buntal mini berlegar sekeliling akuarium dengan hiasan yang cantik.
Ulasan
Catat Ulasan